Saturday 31 August 2013

Takdir dan Du'a

Du’a adalah harapan dan Tuhan tempat tuju segala suara-suara harapan’- Narmi.

Nasib atau dalam bahasa kolonialnya ‘luck’ boleh menjadi dua, sama ada yang baik atau buruk. Islam mengelar ‘nasib’ sebagai ‘takdir’yang ditentukan oleh Tuhan. Namun semacam menjadi kebiasaan, ‘nasib’ sering dilihat dalam kerangka barat yang kemudian menjadi tidak lebih sekadar ucapan kebiasaan iaitu ‘wish me luck’. Tiap sesuatu yang tuhan ciptakan pasti punya sebab musabab yang tertentu dan ini termasuklah juga dengan penciptaan ‘takdir’.

‘Tidak ada yang boleh menolak Takdir (ketetapan Allah) kecuali do’a, dan tidak ada yang boleh memanjangkan umur kecuali amal kebaikkan,- Haidar Bagir.

Itulah pesan yang dititipkan oleh seorang khatib di sebuah masjid di Indonesia lewat khutbahnya. Doa juga adalah senjata orang-orang mukmin. Dengan doa takdir yang buruk boleh dielakkan dan begitu juga sebaliknya. Kalau menurut Syeikh Hussain Fadhullah (dalam Syarh Du´a intitah), Du’a itu ada prasyaratnya iaitu: berputus asa dengan semua makhluk, dan terus asa dengan Tuhan. Namun harus juga diingat bahawa berawal dari semua ini adalah usaha yang tak henti dan sabar yang tak pernah lelah. Dan setelah itu berpeganglah kepada konsep ‘Tawakal’ dengan berserah diri dan yakin kepada kekuasaan kepada Allah semata. Memang kalau tanpa Du’a, masakan Nabi Yunus dapat melepaskan diri dari perut Ikan Nun. 

Thursday 15 August 2013

Apa Itu Zine?

- zine (sebutannya 'zeen') adalah ringkasan kepada perkataan 'fanzine' atau 'magazine' - majalah / makalah

- beza zine dengan 'magazine' (majalah) adalah ia diterbitkan secara sendiri (self-published) dalam bilangan      kecil

- ia juga adalah penerbitan asli 100% individu tertentu atau kumpulan tertentu yang mewakili sesuatu bidang      atau berasaskan sesuatu topik, acara, produk, hobi, minat, kegilaan, muzik, dan sebagainya

- medium utama penerbitan zine adalah mesin cetak (photostate / photocopy machine) + secara manual

- penerbitan biasanya berjumlah kurang dari 1000 naskhah atau kurang dan keuntungan bukanlah tujuan          utama penerbitan

- zine sifatnya bebas dari sebarang etika penulisan media mainstream serta menekankan elemen diskusi dan      perkongsian ilmu

- penulisannya bersifat santai

- antara contoh zine terkenal dalam dan luar negara adalah seperti 'zine Satu Malam', 'Cometbus', dan              'Maximum RocknRoll'

Wednesday 7 August 2013

Ramadan dan hal-hal yang tak selesai- Imran



“Semoga Rindunya kita pada Ramadan seperti rindunya Punggok pada rembulan”- Imran

Telah sempurna sepurnama pusingan Ramadan. Sama ada kita melewatinya dengan jaya atau sebaliknya jawapanya ada pada diri masing-masing. Bagi penulis “Ramadhan ini petanda besar hubungan penuh ghairah dengan Tuhan, dengan alam juga dengan umat manusia. Mengingati bagaimana wujudnya waktu yang harus disandarkan dengan simbol alam. Waktu yang tidak ada diadakan dengan ukuran edaran Bulan mengelilingi matahari sebagai patanda gerakan masa. Bulan berpusing lengkap, sepurnama sudah sempurna menemukan kita dengan masa keberkatan ini”

Lewat Ramadan kali ini, ada beberapa perkara yang nampak kecil namun memberi kesan kepada diri penulis. Salah satunya ialah paduan bunyi palu dan beduk yang menjadi ‘alarm’ atau pemberitahuan waktu berbuka dan Imsak di kampung penulis. Perkara ini mungkin mejadi kebiasaan bagi warga kampung , namun ianya akan menjadi ingatan atau kenangan yang akan melekat dalam diri ini. Selamat tinggal Ramadan semoga kita bertemu kembali. Itu lah doa yang  penulis panjatkan saat Ramadan yang mulia ini tiba di penghujung. Semoga kesedaran tentang kemanusiaan, kemiskinan dan kelaparan sewaktu melalui Ramadan terus subur sehingga hari-hari seterusnya. Kerana kesedaran tentang kemanusiaan adalah perjuangan yang tak pernah selesai. Semoga Aidilfitri ini memberi makna kepada kita semua. Salam Aidilfitri dan Maaf Dzahir dan Batin semua.

Tuesday 6 August 2013

LIMA TAKTIK YANG BOLEH KORANG BUAT KALAU AWEK KORANG CEMBURU SEBAB KORANG TENGOK AWEK LAIN



SEPUTIH KAFAN


Kain putih hanyalah sehelai kain putih. Tapi kalau sutera, orang akan pandang nilainya. Kalau dicanting batik, dipandang indah dan berseni. Dibuat poster, orang akan lihat dan baca. Dilukis bendera, orang akan hormat, nak pijak pun tak berani. Asalnya sehelai kain putih, bermacam fungsinya.

Hati-hati ketika mencoraknya. Kalau tertumpah dakwat, cacat jadinya. Boleh dipadam atau ditutup, tapi tak cantik lagi seperti asalnya. Kalau tidak pun, mungkin akan terus dibuang atau dijadikan kain buruk. Kain buruk hanya untuk buat benda-benda kotor.



Kita manusia,
kain putih asalnya,
setelah dicorak,
akan kembali dengan berkain putih juga - kafan.


“Berjuta kebaikan kau cipta, tapi sekali kau buat taik, selamanya kau tetap jijik.”




Oleh : Wong Lanang

Sunday 4 August 2013

SETAPAK

Jika diberi keizinan Tuhan, maka akan muncul lah zine sulong kami kelak. Nantikan. SETAPAK.



PRAKATA

“Suara tanpa tindak itu bukan suara” (A. Samad Said)

Atas kesedaran yang lahir dari kata-kata tersebut, akhirnya muncul lah zine yang tidak seberapa ini. Idea menulis zine ini telah lama dicanangkan dan terbahas di dalam beberapa siri lepak di warung. Diskusi dan pergelutan idea yang lahir di meja-meja persidangan Lay Park Aliy Crew (LPAC) sering kali membangkitkan inspirasi kami untuk menulis. Pada peringkat ini penulisan bersifat bebas tanpa sebarang kekangan atau penetapan idea atau tema untuk setiap karya yang dimuatkan. Mungkin pada siri zine seterusnya (kalau ada lah), kami akan menetapkan suatu tema tertentu untuk setiap penulisan, Kami sedar betapa dalam bidang penulisan, kita harus terbuka dalam menerima kritikan dan pandangan. Justeru itu, kami telah mempersiapkan diri menerima segala kritikan yang bersifat membina terutama dalam mengembangkan lagi gerakan penulisan kami. Walaupun hanyalah sebuah zine yang tipis dan tidak seberapa, kami merasakan ianya adalah sebuah manifestasi ‘tindak’ yang ditekankan Pak Samad. Sebagai sebuah ‘tindak’ yang baru bermula, kami gelarkan zine pertama ini sebagai

“SETAPAK”