Wednesday 7 August 2013

Ramadan dan hal-hal yang tak selesai- Imran



“Semoga Rindunya kita pada Ramadan seperti rindunya Punggok pada rembulan”- Imran

Telah sempurna sepurnama pusingan Ramadan. Sama ada kita melewatinya dengan jaya atau sebaliknya jawapanya ada pada diri masing-masing. Bagi penulis “Ramadhan ini petanda besar hubungan penuh ghairah dengan Tuhan, dengan alam juga dengan umat manusia. Mengingati bagaimana wujudnya waktu yang harus disandarkan dengan simbol alam. Waktu yang tidak ada diadakan dengan ukuran edaran Bulan mengelilingi matahari sebagai patanda gerakan masa. Bulan berpusing lengkap, sepurnama sudah sempurna menemukan kita dengan masa keberkatan ini”

Lewat Ramadan kali ini, ada beberapa perkara yang nampak kecil namun memberi kesan kepada diri penulis. Salah satunya ialah paduan bunyi palu dan beduk yang menjadi ‘alarm’ atau pemberitahuan waktu berbuka dan Imsak di kampung penulis. Perkara ini mungkin mejadi kebiasaan bagi warga kampung , namun ianya akan menjadi ingatan atau kenangan yang akan melekat dalam diri ini. Selamat tinggal Ramadan semoga kita bertemu kembali. Itu lah doa yang  penulis panjatkan saat Ramadan yang mulia ini tiba di penghujung. Semoga kesedaran tentang kemanusiaan, kemiskinan dan kelaparan sewaktu melalui Ramadan terus subur sehingga hari-hari seterusnya. Kerana kesedaran tentang kemanusiaan adalah perjuangan yang tak pernah selesai. Semoga Aidilfitri ini memberi makna kepada kita semua. Salam Aidilfitri dan Maaf Dzahir dan Batin semua.

No comments: